Wednesday, September 22, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR HAZIQ SYAMI

      Taska Tok Sira, Kuantan, Pahang sangat menitik beratkan hubungan antara anak ~ kakak-kakak di taska ~ ibu bapa. Hubungan yang erat ini akan menjamin suasana harmoni dan dalam masa yang sama memberikan impak positif terhadap pembangunan anak-anak. Anak-anak yang berada dalam lingkungan positif ini bakal menjadi anak-anak berminda positif, aktif, yakin pada diri sendiri dan banyak lagi.

     Baru-baru ini sambutan hari lahir Haziq Syami YANG KE4 telah diadakan di Taska Tok Sira. Anak-anak berasa teruja dengan kehadiran kek yang sungguh lazat dan dendangan lagu "Happy Birthday".


Gambar-gambar sekitar sambutan hari lahir Haziq Syami :

    KEK YANG SEDAP 


TIUPAN LILIN OLEH 'BIRTHDAY BOY'


 ANAK-ANAK YANG SABAR MENUNGGU SEBELUM KEK DIAGIHKAN


IBU HAZIQ SYAMI YANG TURUT HADIR


"Selamat Hari Lahir untuk Haziq Syami. Semoga menjadi anak yang soleh serta dapat berbakti kepada kedua ibu bapa pada masa akan datang". Amin Ya Rabb..

MATLAMAT

Anak yang telah didedahkan kepada persekitaran yang sesuai dan stimulasi yang tepat akan mencapai matlamat cemerlang pada 6 daya berikut ketika usia 3 ~ 6 tahun.

Daya Penglihatan:
- Membaca dengan penuh kefahaman.

Daya Pendengaran:
- Memahami kosa kata yang lengkap dan ayat yang sempurna.

Daya Sentuhan:
- Mengenali benda dengan sentuhan.

Daya Gerak-geri:
- Bergerak secara gerak silang dan selaras hemisfera otak yang dominan.

Daya Pertuturan & Bahasa:
- Boleh bertutur dengan kosa kata yang lengkap dan ayat yang sempurna.

Daya Tangan:
- Menulis dengan tangan selaras dengan hemisfera otak yang dominan.

PROGRAM DI TASKA TOK SIRA

TERAS PROGRAM

 Taska Tok Sira menyediakan program pengasasan dan pembangunan anak secara menyeluruh berteraskan :

                        * Ilmu Neurofisiologi
        
                               * Pemakanan sihat
                               
                                     * Kasih sayang tanpa syarat
                                           * Penghayatan akhlak mulia

                                                   * Pendekatan holistik
" Muliakanlah anakmu dengan memperindahkan akhlaknya." ~Hadith Nabi~


 

PROGRAM 14
Program yang disediakan adalah :

   - Program Fizikal
   - Program Sosio-emosi
   - Program Makanan & Pemakanan
   - Program Kesihatan & Keselamatan
   - Program Bacaan
   - Program Cebisan Intelek
   - Program Matematik
   - Program Muzik
   - Program Akil Baligh
   - Program Hafiz
   - Program Pertuturan & Bahasa
   - Program Tulisan, Lukisan & Origami
   - Program Kreativiti
   - Program Organisasi & Kepimpinan

ANAK-ANAK DI TASKA TOK SIRA

ANTARA PROGRAM CEBISAN INTELEK YANG DIJALANKAN DI TASKA TOK SIRA

" Didiklah anakmu supaya mereka boleh hidup dalam zaman yang amat berlainan dari zamanmu," ~Saidina Umar~


PENILAIAN
       Anak yang menyertai Taska Tok Sira akan dinilai dan diberi program mengikut tahap umur neorologinya ; bukan kronologi.

       Kemajuan anak akan terus dipantau menerusi sesi penilaian bersama ibu bapa setiap 4 ~ 6 tahun. Jika ibu bapa berminat.

PENGENALAN - TASKA TOK SIRA

PUSAT PEMBANGUNAN KANAK-KANAK YANG BERDAFTAR

 


        Setiap anak yang dilahirkan berpotensi untuk cemerlang dari segi fizikal, intelek, emosi, sosial dan peribadinya.

          Persekitaran dan stimulasi yang tepat akan menyerlahkan potensi ini.

        Taska Tok Sira menyediakan program menyeluruh bagi membantu ibu bapa merealisasikan kecemerlangan ini.

 


TUJUAN UTAMA
     Taman Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak Tok Sira menyempurnakan pembangunan bayi dari awal dengan memberikan setiap bayi peluang serta stimulasi yang sempurna, bagi memperkayakan proses-proses pembangunan melalui teknik-teknik pendidikan awal dalam bidang:

  1. pertuturaan
  2. bahasa
  3. daya gerak-geri
  4. daya mengacu
  5. cebisan intelek
  6. asas matematik
  7. penghalusan
  8. perwatakan
  9. emosi


ANAK-ANAK SEDANG BELAJAR



ANTARA ANAK-ANAK DI TASKA TOK SIRA



PRINSIP KAMI

1) Setiap anak berhak untuk membesar ke tahap cemerlang dari segi:

                          i. Fizikal
                         ii. Intelek
                        iii. Rohaniah
                        iv. Emosi
                         v. Kewibawaan

2) Ibu bapa adalah pendidik dan pengasas pertama dan UTAMA.

3) Perkembangan OPTIMA setiap anak bermula di rumah.

4) "Bonding" dan kasih sayang dengan kedua ibu bapa.

5) Bersikap tegas tapi sayang.

6) Konsep dan pengetahuan menjadi amalan sehingga dijadikan adat dan cara hidup dalam masyarakat.

Monday, September 20, 2010

pembantu taska / pusat jagaan diperlukan

pembantu taska / pusat jagaan diperlukan dengan segera.
gaji RM400 - RM 450/-
kwsp / socso disediakan
tempat tinggal disediakan bagi yang bujang sahaja (perempuan sahaja)
sukakan kanak-kanak,